Duncan Crew Worldwide Profile - Dimi
Duncan Crew Worldwide Profile - Shakeel
Duncan Crew Worldwide Profile - Raymond Thian
For more videos on youtube, click here
pabila tukang lempar yoyo berbicara
World yoyo contest 2009 yg berlangsung di Orlando,Florida telah pn melabuh tirainya..ini result yg aku dpt.Klik kat nama pemenang utk tgk video deorang.Nmpkny pemain2 dr Jepun sekali lg mendominasi kemenangan kali ni...syabas!
Sebelum btolak dr Yan
Excited smpai senget2 helmet
Berkayuh dlm hujan
Penat skit time nih.
Kamera tgh basah
Lepaking di Kuala Perlis
bersukaneka skit
On the way ke UUM
Kita minum dulu!
Muke tgh penat giler time smpai UUM
with fans after performance bersama Nad(kiri sekali)
pose istimewa bersama si kura2 bermain yoyo
Japan National Yoyo Contest yg blangsung pd 20-21 Jun di Osaka sekali lg membuktikan bhw Hiroyuki Suzuki aka Mickey sekali lg menjadi 1A champion.Kehebatanny sukar digugat sama ada di peringkat national mahupn dunia.



Ustaz...Cikgu..Guru..masing2 mempunyai erti yg sama iaitu gelaran utk pendidik. Sempena 16 Mei ini, jari-jemari aku rasa terpanggil utk menaip coretan buat cikgu-cikgu aku smenjak aku mule mengenali huruf ABC dan AlifBaTa..Tanpa mereka semua aku takkan berjaya hingga ke hari ini..
Waktu tadika,aku masih igt betapa susah payahnya cikgu2 mengajar bdk2 kat situ..maklum la dah nama pn bdk2..nak melayan kerenah bkn men susah...jeritan dan 'jerkahan' cikgu Azizah dan arwah cikgu Normah masih segar dlm igtan aku...tiap2 kali aku g surau, aku terbayang saat2 aku blaja kat situ...tadika aku tue terletak kat bwh surau..rasany cikgu Azizah masih lg mengajar di situ..maknanya dah 17 tahun dia masih lg setia kat situ dan selama itu juga la aku meninggalkan alam tadika..
Ah, terlalu byk kenangan bersama2 guru yg tak mampu aku coretkan di sini..hny berlegar2 segar dlm ingatan aku.. :)
Sempena hari guru ni aku nak ucapkan " Selamat Hari Guru " untuk semua insan yg pernah mengajar aku dan juga kepada Abah ngan Mak yg merupakan pesara guru..abang2 aku...kakak2 aku yg kesemuany mewarisi jiwa pendidik drpd mereka.Di sini aku tujukan sajak hasil karya Allahyarham Usman Awang buat guru-guru tercinta
Guru O Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Pada pg td aku baru terima satu surat dr melaka..aku tertanya2 sape ek kwn2 aku dr melaka nih..setau aku takde plak. Setelah surat di buka, rupa-rupanya kad jemputan kahwin da...huishh..sape lak yg kawin nih..kat situ tertulis nama Nurhanita bt Zainal Abidin...loh....kwn lama zmn chating2 dulu nih...igt lagi hang kat aku noh..time kasih la anta kad jemputan tuh...
bile tgk nama dia..tiba-tiba memori aku terimbas kembali ke zaman 5 tahun yg lepas..tigt aku zmn kami gile2 mirc dlu..kami knal waktu tu la.time tuh mane nak layan ym lg...dia ni bkn dak skola aku, dia skola kat Tunku Malik,area aloq staq gak la..lg satu dia same tuisyen ngan aku waktu form 5 dulu..kami slalu gak jumpe..dah tu plak pas tusyen slalu lepak kat cc yg sama dlm City Plaza tuh..dia ngan kwn2 dia suke lpak kat Yucom..aku ske lpak kat len2 cc, mcm Monster,Yucom,cc 'Ikan' kat tgkt 3..bdk2 yg kaki mirc skali ngan aku mesti kenal dia..mane tak ny nickname tauqua_masam agak femes jugak la kat channel mcm #kotasetar,#ksah,#mayatcrew,#asmarian,#mmas dan byk jgk la channel yg bdk2 alor star buat..aku da lupe byk channel da...
Pas spm aku masih lg kontek ngan dia,time dia g PLKN pn ade gak calling2..tp sekadar kwn je..dia la kwn pmpuan yg aku leh mashuk..huhu..dia mmg sempoi! Tp time aku masuk form6 jek..kami trus lost kontek...no dia pn tak dpt dihubungi...selama beberapa tahun masih tk dpt dihubungi....hinggalah pd suatu hari kat dlm bilik E1.1....
Kringggg,kringgg(eh,tepon aku pakai truetone la)..
"Hello"
"Ye saya"
"Nih sapa"
"Muhsin"
"Oo..ngah buat pe nih,bz tak?"
"Bz la jgk.." (ayat takmo lyn pompuan yg tak knal)
"Ya ka,klu camtu takmo kacau la"
"Ermm..ni sapa ek?"
"Takkan dah tak knai kot.."
"Tak igt la.." ( aku teka nih msti dak Kdah gak,pasal ade loghat utara)
"Tauqua_masam igt tak?"
"La...hang ka..lama tk dgq cita..hang p mana lama ni?"
"Aku keja la..la ni keja kat Melaka..hang gna alamt lama lg ka?"
"ha,ah..awat,nak antaq kad kawin ka?" (aku cube meneka)
"Tak la..saja ja nak tau..kwn2 yg len apa cite? Po,Wan,Fatih..?"
"Fatih ngaji kat sini sama ngan aku, Wan kat UM, Po dah grad Uitm.."
Byk lg perbualan yg tk dpt ditulis kat sini..lg pn perbualan tu sgkat je pasal dia calling gna no office..itulah pertama kali dan terakhir aku rasa dia kontek aku stlh beberapa tahun menyepi...tup2 dah nak kawin..baru aku sedar bhw masa semakin cepat berlalu...ramai kawan2 yg sebaya dah berkawin...
Ape2 pn aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ita dan pasanganny,Nurahman. Semoga Berbahagia slalu...Insyallah klu takde halangan,aku ngan member2 len akan g kenduri hang nanti...
P/s teringin gak nak jumpa kwn2 hang yg sama2 chatting dulu..Anis,pastu sapa sorang lg tah..muke mcm amoi2 skit tuh... :)
Minggu lepas bersamaan 9 hrbln Mei, aku dan kawan-kawan dari UPM telah bercuti ke Tasik Banding.Trip ini sbnrnya deorang yg rancang,aku cume menyelit je nak ikut sama..hehe.
Perjalanan dr Teluk Intan ke Gerik mengambil masa kira-kira 4 jam dengan kelajuan sederhana..takde la nak pecut2..kami bertolak jam 8.20 pg. Smentara nak smpai kat kat Kuala Kangsar, kami suma singgah sbntar di air terjun Ulu Kenas..
Selepas berehat, kami truskan perjalanan ke Gerik dan smpai di sana kira-kira jam 12.30 tgh hari dan makan tgh hari di sana..Selepas je mkn tgh hari, tiba-tiba tayar kereta Ustat dah pancit..totally out. Tak pasal2 kena tukar tayar time tuh...nih mesti makcik kat kedai makan tu 'tiup2' skit pasal tak singgah mkn kat kedai dia..ahaha..
Lepas tukar2 tayar sume..kami pn truskan pjalan ke Banding, kira2 25km dr pekan Gerik..smpai kat sana trip kamu utk brmlm di sana blum mula lag..cume usha2 view kat tepi tasik sambil test2 pancing yg dah di bawa...kami lepak2 kat pengkalan tu smpai petang..sambil menghirup udara segar tasik dan pemandanganny yg sgguh indah...
Selepas menikmati pmandangan di tasik ptg tuh, kami pn kembali ke Gerik utk bermlm seblum meneruskan trip keesokan hariny.Kami tidur di 'hotel' Jamek Gerik..hotel ni percuma je..sape2 pn boleh tido sana..hehehe..
Keesokan harinya kami tiba di jeti pada pukul 7.30 pg sbb bot yg akan angkut kami tu stat kul 8 pg..barang2 dan peralatan memancing yg nak dibawa dah pn sedia..tggu abang bot tu dtg je..kami bertolak dr situ dlm kul 8.30..
Dalam perjalanan menaiki bot kira2 dlm 24 mnt,kami menuju ke Pulau Tujuh, lokasi kami bermalam..di pulau tu tdpt tapak perkhemahan dan juga pondok utk sesiapa yg nak bermlm disitu..
Kami berada di pulau berkenaan selama 2 hari 1 malam.Dr pg smpai ke ptg asyik mancing je..wlupun toman dan kelah yg diharap tak dpt..kami ttp seronok mancing..hehee..tetapi pd mlmny,dpt gak beberapa ekor ikan yg boleh dibuat lauk utk makan keesokan hariny...Kata abg wan,boatman kami..ikan kat situ dah makin berkurangan sbb aktiviti pembalakan yg ada kat hulu sungai..aduhh..patut la ikan tak makan2 umpan..siot tol sape yg membalak tuh..
Setakat nih je la gmbr2 yg dpt aku letak pasal bateri henpon dan abeh..so,tk dpt la merakam aksi2 menarik yg seterusny...kami pulang ke jeti pada ptg esoknya setelah puas memancing wlupn tak dpt byk ikan.. :(
Kami tiba di jeti pada pukul 4.30 ptg..selepas makan dan mengucapkan selamat tinggal..masing2 bergerak balik ke arah berlainan..satu keta balik kelantan, satu lagi balik kl,dan aku berempat trus gerak ke Sungai Petani utk hantar kwn2 yg dr Kedah...dan bertolak pulang ke Teluk Intan pd pkul 11 mlm...
Itulah serba sedikit catatan percutian aku ke Tasik Banding sempena cuti sem nih..ape2 pn mmg best la trip ni..mencabar btul...len kali bdak2 as-sodiq yg nak bercuti,aku cadangkan korang g tasik banding je..amcam? ada bran ke?hehe.....bubaiii......
itulah kisah budak2 di blok E1.1, benda yg dah dirancang..mesti tak jadi nyer..
klu nak buat pape pn,tak yah nak plan2..klu jadi,trus jalan.... :)