Wednesday, November 9, 2011

Single Throw Online Contest




Nih ape benda jadah ni? 
Ini online contest utk sape2 yg giler main yoyo.Syaratnya dengan sekali lontar,buat la ape2 trick kome yg rasa terbaik dan tergempak.Rekod dan upload ke youtube. Simple kan?
Contest ni trbuka utk semua rakyat Malaysia n sape2 rasa nak join silakan jgn malu..

more info kat sini:


Cepat2 weh tarikh tutup 30 November 2011

Nih ghoper hadiah2 nyer..



Thanks kepada organizer M-yo Club



Friday, August 5, 2011

World Yoyo Contest 2011




World Yoyo Contest (WYYC) merupakan acara tahunan ptandingan yoyo peringkat antarabangsa yg menghimpunkan kesemua pemain2 yoyo dr seluruh negara. <-- ok,ayat skema mcm reporter akhbar tabloid tempatan

Nih nak habaq mai kat hampa, menatang ni (baca: wyyc) mcm besa la buat kat mana lagi klu bkan kat Orlando Bloom, USA. 

1) Bila tu? :: 4 - 6 August.

2) Kat mana nak tgk? :: tgk live stream kat sini 
http://www.ustream.tv/channel/world-yo-yo-contest-stream-2011 

3) Lagi?? :: hish..byk tny plak..nak tau lg masuk website kan sng
http://www.worldyoyocontest.com/

4) Nak choki-choki boleh? :: nah pelempang!..takde kena mengena ngan tajuk ni.
Nasib baik bulan pose aku murah hati nak tlg..cek wbsite kt bwh
http://www.mayora.com/products-detail-pID=1000135.asp.html

Check it out~~

Thursday, August 4, 2011

M-yo @ Sinar Harian


Setelah sekian lama tidak muncul di media elektronik ataupn media cetak, M-yo Club telah memunculkan diri di dada akhbar sinar harian semalam..smpai 3 pages tu..wooott~

Ok, kali deorang fokus kat penglibatan siswa2 dlm aktiviti yoyo. Jadi bila sebut siswa, mesti la berkaitan ngan pelajaran..Jadi main yoyo ni sekadar sampingan utk mengurangkan streeeeessssssssssssssss time blaja..( stress sgt ke blaja?) padahal main yoyo lagi stress kot klu tk dpt landing satu2 trick..arghhh!!!

Klu nak baca versi pendek leh baca kat sini
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9383082.asp

Klu nak versi panjang..kena beli la surat kabor sinar harian...itu pn klu kedai tu ada stok semlm punye..



Kacak tak jejaka2 ini?
(ikut nada,"manis tak kurma ini"?)


We are M-yo



2 pages tu


Wednesday, June 22, 2011

Gambarajah


Dah bosan menaip, kali ni biar gambar plak yg bercerita..

Koleksi gambar-gambar gua..

Monday, June 6, 2011

Central Yoyo Contest 2011


CYYC 2011 diadakan bsempna Hari Himpunan Sejuta Belia kat Putrajaya.

Thanks kepada judges yg diimport dr obersea utk jadi judge kali ni. World champion 3 kali, Hiroyuki Suzuki @ Mickey dari Jepun dan Hiro Koba dr Filipina owner Kitty String.

Ramai muka2 baru yg join. Suma hebak2 blako..aku kna bkerja keras ar lagi pasni..hadoii
Tq kepada Yoyoskeel sbg organizer. Support la yoyo buatan tempatan!!

Here result :
1A Division
1. Azmi
2. Tariq
3. Hassan

2A Division
1. Ewin
2. Azrul
3. Hassan

4A Division
1. Ewin
2. Raymond
3. Ryan

5A Division
1. Jonathan
2. Azmi
3. Ewin


Yoyofactory
Prelim Stage

Final Stage



world champion hiroyuki suzuki aka mickey

 
gelagat judges






Nih plak video nyer, credit to Ewin yg rajin buat video yoyo.




Saturday, May 14, 2011

Duncan Triple Threat Challenge


Ini adalah mini yoyo contest.
Apsal dipanggil triple? sbb contest ni dibuat tiga kali.
Hari ni first part. Lokasiny di Stussy KL.

Pemenang2 :-
1) Hafizzudden
2) Jim
3) Muhsin

Akceli, aku saje join just for fun..tk sangka plak terrrrrmenang no 3.Hahaha..tuah aku kot. :)

Syabas kat organizer M-yo Club dan jugak sponsor2 ; Duncan, Showroom, & Stussy.

Next contest lak 2nd July & 1st October.

Stussy Shop


Dimi - Duncan Crew Malaysia Leader


M-yo Family


hadiah dprd sponsor



Monday, May 2, 2011

Duncan Crew Malaysia


Wlupn agak lewat,nak gak citer..ce cite, ce cite..
Nak ceghiterrr ler ni..

Duncan was announced two newest members of Duncan Crew Malaysia. Congrats to Azrul Hafriz and Alif Izwan!


Aliff & Azrul

Klu kome nak tau, Duncan ni antara main sponsor scene yoyo kat Malaysia sejak dari penubuhan M-yo Club. Same2 lah kita support Duncan! yeahhhh...


Laptop gua pn Duncan sponsor

* gmbr 1st diambik drpd Duncan fb page


Wednesday, April 6, 2011

Tuesday, March 29, 2011

Computer Language



01101100 01100101 01101100 01100001 01101011 01101001 00100000 01100100 01100001 01101110 00100000 01110111 01100001 01101110 01101001 01110100 01100001 00100000 01111000 01101011 01100001 01101110 00100000 01100010 01101111 01101100 01100101 01101000 00100000 01101010 01100001 01100100 01101001 00100000 01101011 01100001 01110111 01100001 01101110 00100000 01101011 01100001 01110010 01101001 01100010 00101110

01010011 01100101 01101011 01101001 01100001 01101110 00101110




Friday, March 25, 2011

AP 2011


Asia Pacific Yoyo Championship is back!

25 - 27 March 2011
at
Singapore.

Gudluck for Malaysian team.

Hassan
Shakeel
Raymond
Ewin
Mimi

Sesape yg nak tgk livestrem, ce tgk kat sini, http://www.ustream.tv/channel/takayoyo
more info, visit AP 2011 fbook page --> http://www.facebook.com/asiapacyoyo






Thursday, March 24, 2011

Belon Udara Panas


First time g nengok hot ayor belon kt Putrajaya.
Pegi berkonvoi 3 keta dr pg smpai la ke malam.
Wktu malam layan pulak bunga api.
Overall nice....
(maleh nak tulis byk, a picture shows thousand words)


Parrot di situ


Ini ialah Belon


lumba belon


di awangan bersama belon..


sebelum pelancaran bunga api


blast off



Wednesday, March 23, 2011

Yoyo @ MHI


Itu hari aa..ada tv3 buat live telecast kat uia maa..
depa jugak ada main sama itu yoyo dgn student itu uia mali..
jom sama2 tgk..




Tq kpd sesiapa yg rekod video ni. Jasa tuan/puan amat dihargai





Monday, March 14, 2011

Pabila Jejari Bertemu Photoshop


Setelah seharian releks tk buat apa, ini lah hasilny pabila org yg tak berapa kreatif menggeledah 'kedai gambar'.

Timeline gmbr ni diambil ialah pada hari Ahad ketika majlis kahwin kakak kpd seorang shbt gua hinggalah balik semula ke kompartment gua.

Klu kome nak wat wallpaper pn bole,tu pn klu rasa gambr ni cun..huk3

P/s : Deyyummm..fyp tak wat pe lg.duk main ngan gambr je gua ni..hadoii cek mek molek!


Hebahan itu penting


Kumpulan nasyid paradise


Kacaknya tiada tara


Tgh berfacebook tuh


Just reminder

Kepada model2 aka roomies gua dlm gmbr ni, gua nak mintak izin lu org utk letak gmbr2 kat dlm blog ni..jgn mara ye..promosi ni weh..




Monday, March 7, 2011

Keluar Foto Reramai

Penat siyuuutttt....eh salah speaking plak. PENAT GILAA. (klu azhari baca msti dia renyih sorg2).

Pg td gua g outing ngan bdak klas Photography Skill II bsama2 Ckgu Salim Dom kat Batu Dam, Ulu Yam. Outing kali ni ckgu nak ajor cara2 menembak gmbor pemandangan/landscape.Lokasi di situ agak menarik sebab tasikny yg menenangkan jiwa yg jiwang ini..sejukk hatii..

Tapi.....

ketenangan itu diragut, dicarik dan dirobek2 setelah melihat byk smpah sarap yg dibuang dtasik bkenaan. Damn la kome yg buang smph merata2.. Org punye nak amik gmbr cun..spoill betul la...

Pastu singgah jap kat sungai..amik la gmbor ape2 yg patut dan tk patut. Dan yg paling best time balik, Ckgu payung makan sume bdak2 klas..yeahhhh!! makan pree tgh hari td.

Trima Kasih Cikgu!


endless


gear kepunyaan Che'gu


wide


jalan2 di tebing tasik


sungai pulak


sebelum pulang





Sunday, March 6, 2011

Wheel Love Yoyo Contest



Dah lama tk g yoyo meeting.Hari sabtu lpas bkesempatan g yoyo meeting + mini yoyo contest btempat di Wheel Love Skateshop, Subang Jaya.

Akceli,competition ni dibuat secara kecil-kecilan.Bak kata org, tk elok membazir wat besar2 ye dak?..

Wlupun agak lewat aku dtg, tp overall boleh kata comp ni sbg anjakan paradigma(fuyoh bahasa!)
buat beginner utk timba pengalaman bg comp yg sbnar.Utk menambahkan experience dn juge hilang gugup kat atas pentas..

Performance dak2 ni pn leh tahan gak, ada masa depan yg cerah..abes la otai2 yoyo..gulung tikar jwbny..kui3

Result : -
1st: Aiman
2nd: Imran ala Yuuki
3rd: Hafizudden

Mimi rocks the audience

Wazir | Finger Grind

Nabihan | Heroteam Melaka

Aliff the John Cena

the pemenang-pemenang




Tuesday, February 15, 2011

Mari Berlatih Nasyid


Mlm tadi gua ngan bdk2 Caring Club g ziarah Rumah Amal Belaian Kasih (Rabeka) utk 1st time program. Aseynye nak wat tutoring, tp bdk2 tu plak nak praktis nasyid utk sambutan maulidurrasul esok hari kat masjid.

Jadiny program mlm td tu tk lebih drpd ziarah smbil melayan kerenah budak2 la..
Sronok pulak nengok gelagat deme..tmbh2 kamera henpon 3310 gua jadi perhatian..ape lg,suke la bdk2 tu mengamik gambor pakai kamera henpon gua yg cikai ni.. :)

Thanks jugak kt bdk2 community service yg ikut join ziarah mlm td.

Check it out gelagat2 mereka...

sesi makan malam

gaya seorang ibu menasihati anaknya

pantang nengok kamera henpon 3310

nasyid time

di sebalik suka, ada yg duka


say 'Pisang'


Saturday, February 5, 2011

Tuesday, February 1, 2011

KPT-UiTM Varsity Mountain Bike Criterium Race



Here the results:

Post No. Name Team Laps Total Tm Avg Speed Diff

1- 22 V075 AZIZUL HAKIM BIN OMAR UIAM 4 48:03.323 27.468 8:00.969
2- 23 V074 AHMAD HASAN BIN SULAIMAN UIAM 4 48:03.736 27.464 8:01.382
3- 28 V083 YUSUF ZAKI BIN KASIM UIAM 4 48:38.180 27.140 8:35.826
4- 35 V077 MOHAMAD ALIF BIN MOHAMED KHANDI UIAM 3 41:23.548 23.917 1 Lap
5- 40 V076 BAIHAQI BIN KAMARUDIN UIAM 3 42:44.398 23.163 1 Lap
6- DNF V079 MUHAMMAD MUHSIN BIN YACOB UIAM 2 25:19.470 26.062 DNF
7- DNF V080 NIK AHMAD NADZERI FATHI UIAM 2 29:23.615 22.454 DNF
8- DNF V081 NORASHIQ FADHALAH BIN SHARI UIAM 1 14:41.102 22.472 DNF
9- DNF V073 AHMAD FATHI YAHYA BIN BIDIN UIAM 1 15:07.579 21.816 DNF
10- DNF V078 MUHAMMAD ARHAM BIN AMIRU'D-DIN UIAM 1 15:38.927 21.088 DNF

Tahniah kepada yg bjaya habeskan 4 laps. Kpada x yg terbjaya, anda bukanlah pancit,tp depa laju sgt smpai terover lap..hehe..tkpa,len kali leh cuba lagi...


Before race


Jom lumba lari pulak


Dah smpai iium..

* Pic credit to Hassan




Related Posts with Thumbnails