Wednesday, November 25, 2009

M-yo dalam Remaja.

Saksikan..muke aku ade la tempek 1-2 kali..hehe

Thursday, November 19, 2009

Duncan 80th Anniversary Tour 2009

80 years 1 world - Kuala Lumpur, Malaysia.



Duncan Crew Worldwide Profile - Dimi




Duncan Crew Worldwide Profile - Shakeel




Duncan Crew Worldwide Profile - Raymond Thian



For more videos on youtube, click here DuncanToys.

Saturday, November 14, 2009

Dari kaca mata lelaki

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada
kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
wasalam………………….

Tuesday, August 18, 2009

World Yoyo Contest 2009 Result

World yoyo contest 2009 yg berlangsung di Orlando,Florida telah pn melabuh tirainya..ini result yg aku dpt.Klik kat nama pemenang utk tgk video deorang.Nmpkny pemain2 dr Jepun sekali lg mendominasi kemenangan kali ni...syabas!

1a division :
1) Shinya Kido (44re:creation)
2) Hiroyuki Suzuki (Team Yoyojam)
3) Chris Fraser

2a division :
1) Shinji Saito (YoyoFactory)
2) Yasushi Furukawa
3) Hiraku Fuji

3a division :
1) Kentaro Kimura (YoyoFactory)
2) Hiroki Miyamoto
3) Taichiro Higashi

4a division :
1) Naoto Okada
2) Rei Iwakura (Team Yoyojam)
3) Tsubasa Onishi

5a division :
1) Takumi Inoue
2) Migueal Correa (Yoyofactory)
3) Tyler Severance (Yoyofactory)

Combined division :
1) Shinji Saito
2) Naoto Okada
3) Rei Iwakura

AP (artistic performance) :
1) Rei Iwakura
2) Tomiyuki Watanabe
3) Hironori Mii

Tuesday, August 11, 2009

Le Tour de Merdeka 2009

Bayangkan berkayuh sejauh 170km dr Yan-Kangar-UUM Sintok..mmg memenatkan tetapi kepuasan mengatasi segala-galanya..Perjalanan sepnjg dua hari tuh mmg mencabar dr segi mental mahupn fizikal..

Bermula pada 7 Ogos,bertolak dr Yan,Kedah pd pukul 8.30pg..perjalanan lebih kurang 50km menuju ke Alor Setar mengambil masa kira2 4 jam dgn kelajuan purata 20km/j..setiap 10km ade pit stop la..takde la kayuh straight je..penat beb!
Pukul 12.30 smpai kt Masjid Zahir..makan2,solat Jumaat...pastu sambung kayuh kul 2.30 menuju ke Kangar,Perlis.

Smpai kat Kangar jam 6.30ptg.Bermlm di SMK Teknik Kangar.Esokny pulak stat bkayuh balik jam 8.30 pg...menuju ke Kuala Perlis..pejlanan mengmbil masa kira2 3 jam utk smpai ke sana...tiba di Kuala Perlis,time utk lepak2..makan2..sukaneka..main2..taking2 pictures :)..hehe..

Kami btolak menuju ke UUM pada pukul 2.30ptg...pjalanan kali ni yg paling mencabar sbb kena bkyuh naik bukit..di samping tu ade jugak malang yg menimpa rider2 kami..sian kat depa..ade yg jatuh..itu biase la..dun wori la ek!

Smpai kat UUM dlm pkul 5.30ptg..kami disambut oleh Rakan Muda UUM..ade makan2 skit...pastu ready utk check in..cewahh..mcm hotel lak..Malam tu kami ade buat persembahan bersama wakil UUM..geng2 UIA hantar dua wakil je..satu grup wat sajak..aku ngan Nad wat yoyo performance(tak abeh2 ngan yoyo!) mndpt tepukan gemuruh drpd audience..huhuh....mcm artis la pulak!Mlam tu dpt la tido dgn nyenyakny..mngecas tenaga2 yg dah terbuang...

Esok hari nye g jalan2 kat Padang Besar..bg kaum laki mcm aku nih,tmpt tu takde ape la..pasal tu aku tak beli pape..yg perempuan,ape lagi..shopping sakan la..beli itu la,ini la..kami ni dpt tengok je la ape yg deme beli..tgh hari tuh kami bertolak semula ke UIA tcinta..smpai dlm ku10.30 mlm....pastu tido la..ape lg.. :) Sebelum btolak dr Yan

Excited smpai senget2 helmet

Berkayuh dlm hujan

Penat skit time nih.

Kamera tgh basah

Lepaking di Kuala Perlis

bersukaneka skit

On the way ke UUM

Kita minum dulu!

Muke tgh penat giler time smpai UUM

During performance

with fans after performance bersama Nad(kiri sekali)

pose istimewa bersama si kura2 bermain yoyo

Saturday, July 11, 2009

Wednesday, July 1, 2009

Jari-Jemari Pantas!!

Adakah korang rase yg korang ni abes pantas dalam menaip papan kekunci?

klu nak uji kemahiran menaip dan kelajuan jari jemari anda menari di keyborad tuh..sila berkunjung kat sini.

http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/

Best woo...rasa ketagih nak taip laju2 pulak...hehehe...
Ini result terbaik aku setakat nih.

55 perkataan

Speed test

Saturday, June 27, 2009

Japan National Yoyo Contest 2009

Japan National Yoyo Contest yg blangsung pd 20-21 Jun di Osaka sekali lg membuktikan bhw Hiroyuki Suzuki aka Mickey sekali lg menjadi 1A champion.Kehebatanny sukar digugat sama ada di peringkat national mahupn dunia.

Tdpt juga muka2 baru yg bjaya mndpt tmpt top-3 bg setiap division.
Inilah keunikan yg ada dlm JN sbb setiap tahun ada je juara2 baru..

Result ni aku amik bdasarkan video kt Youtube..jd tk berapa nak lgkap.

1A
1)Hiroyuki Suzuki (Mickey)
2)
3)Kentaro Mannenn

2A (x dpt result detail lg)

3A
1) Yasuki Tatichibana
2) Minato Furuta

4A
1) Rei Iwakura
2) Yohei Kagawa

5A
1) Takeshi Matsuura
2)
3) Takayuki Kuriyama (Marron)

Aksi2 deorang boleh didapati di youtube skang.

Pada kejohanan ini DUNCAN telah memilih Marron yg memenangi tmpt ke-3 5A sbg ahli tbaru utk Duncan Crew Japan.



Ryosuke Iwasawa

Tahun 2009 juga menyaksikan Ryosuke Iwasawa disponsor oleh Caribou Lodge Yoyo Work(CLYW) sbg pro team.

Video JN 2009.

Tuesday, June 16, 2009

Differences in Yoyofactory 888



aqua 07 888,purple 08 888,aqua beadblasted 09 888 (white pad)

my 07 is the first runs, which is pretty much like the pre-pro, the walls aren't flat. 2nd runs onwards looks pretty much like 08.
07 888 were not beadblasted in any production as far as i know.
they were anodised with a very smooth surface. 6065 aluminum i think.

08 888 looks like a 07 in every way, but feels more solid, more stable, and also feels a little heavier. made using 7075 aluminum, and beadblasted in all production runs except for B-grades. flat walled.

09 888, looks visually different. narrower, higher wall(like 888W, also from 07.) axle feels 'loose', another way of improving the axle, no axle stripping problem. h-profile slightly different to that of 07, 08 888.
more stable as well.

but many prefers the 07, i myself too, i can't explain why it feels alot better, plays alot better.

u can get 2nd hand 07 888, mostly LEs.
u can get 2nd hand and also brand new 08 888 in certain stores.

YYF is releasing 07 style 888, which is using the same exact 6065 aluminum, same weight distribution, same anodisation, and supposingly same exact specs. it could be just me but i feel that the h-profile is different from the 07, but same as 09.

Credit to:
Jayson. http://singaporeyoing.blogspot.com

Sunday, June 7, 2009

Catatan Raja Sehari

Mggu lepas bersamaan 31 Mei telah berlangsung sudah majlis akad nikah kakak aku dan suaminya.Aku sebagai jurukamera tak bertauliah telah ditugaskan utk mengambil gambar saat2 bahagia mereka.Di sini aku sertakan beberapa gmbr sewaktu akad dan kenduri kahwin keesokan harinya..check it out!

Akad disempurnakan oleh Ustaz Rahman

Sah menjadi suami-isteri

penggambaran video di Menara Condong


Seterusnya gambar semasa kenduri di pihak pengantin lelaki pada 6 Jun.

Abeh posing la tuh

Makan time!

Satu lg yg best time kenduri ritu, 'kwn-kwn' yg kenal time same2 g haji pn dtg skali..pak long,pakcik HaiwaToyib, dan len2 pn dtg gak...kbykanny dr Kedah dan slebihny dr Selangor...rasa trubat rindu tingat kenangan masa wat haji dulu ngan mereka...

Thursday, May 21, 2009

Ada apa dengan Takeshi?

Dalam dunia yoyo,umum sudah tahu bahawa pemain-pemain dr Jepun antara pemain yg paling hebat.Dgn kata la ciri-ciri kreatif,inovasi, serta trick2 baru deorang la jd yg Pertama..

Klu tgk dlm World Yoyo Contest sklpn, player2 Jepun nih la yg paling byk menang dlm setiap kategori...dr 1A hinggalah 5a division..paling kurang pn ada satu yg deorang menang...

Yg aku nak cite skang ni pasal seorang pemain 5a iaitu kategori freehand. Nama dia Takeshi Matsuura..Antara sebab aku kagum ngan dia, bukan sbb dia Japanese je..tp sebab dlm umur 11 tahun dah jd World Champion dlm kategori 5a...tak hairan laYoyojam trus amik dia jadi pemain utk TeamYoyojam slpas dia dpt no.2 dlm 5a pada World 2007..tp dlm 2008 dia trus dpt tmpt pertama..

Lg satu cara dia perform trick utk 5a ni amat unik..klu ikutkan pemerhatian,trick dia ni simple2 je..takde la complicated string tricks.tp dia telah variasi kan trick2 simple nih menjadi satu combo tricks yg kreatif...salute la kat bdk nih...kat sini aku sertakan profile dia yg aku amik dr website TeamYoyojam..


Playing Since: August 2004 - Age 7
Favorite Yo-Yos:
Mini Motu, Lyn Fury, Dark Magic, Aquarius
Style of Play:
1A + 5A (Single A and Counterweight)
Hometown:
Saitama, Japan
Date of Birth:
July 27,1997
Favorite Trick:
All of 5A tricks :)

Other Hobbies:
Karate, Table Tennis, Watching Yo-Yo videos, Suudoku
Ambition:
Wanna be World Champion of 1A and 5A!
Competitions:
1st Place - 2008 East Japan Yo-Yo Contest 5A Division
4th Place - 2008 East Japan Yo-Yo Contest 1A Division
1st Place - 2007 East Japan Yo-Yo Contest 5A Division
1st Place - 2007 Japan National Yo-Yo Contest 5A Division
2nd Place - 2007 World Yo-Yo Contest 5A Division


Yg nih video dia waktu perform kat World 2008 ..(audience sorak dia dr mula smpai habis!)

Wednesday, May 20, 2009

Entiti bukti

Korang penah tgk rncangan Seekers kan? selama aku tgk rancangan tu tak penah pulak nampk hantu mncul, tp yg nmpk ade la cahaya pelik2 yg deorang dpt rakam..Kadang2 cahaya tu dlm bentuk bulat,mcm 'kilat' dan mcm2 lg la..Dalam hati aku slalu ckp,"Eleh..deorang tipu je tuh..nak tarik penonton.Entah2 tu cahaya flash tkpn lampu dr mane2 tah"....

Kali ni aku nak berkongsi gmbr yg diambil oleh adik aku mgunakan kamera henpon Sony Ericsson 3.2 megapix.Adik aku mendakwa dia berjaya menangkap gmbar 'hantu'..Persoalannya,adakah ia benar2 hantu?


Gambar pertama dirakam pd waktu mlm di padang.Kelihatan bulatan cahaya bwarna putih. Adik aku mendakwa apabila di'zoom' kelihatan seolah-olah ada spt rupa seseorang..Gambar kedua ialah gmbr yg telah di zoom..

Kedua2 gmbr ni diambil di dalam rumah.Gmbr kedua tuh siap ada tiga bulatan..Aku ckp la kat dia nih mesti ada kesilapan teknikal ataupn pantulan chy dr kamera tuh sbb dia bukak flash.Lg satu aku tgkp pakai henpon aku takde nmpk pape pn...pelik,henpon dia je camtu..

Aku pn takleh nak wat kesimpulan la apa benda sbnrny objek yg muncul tuh sbb aku bukanny pakar dlm bab2 special effect atupn kamera..

Jd terpulang kepada anda utk agak apa sbnrny benda tu..adakah ia ilusi ataupn entiti?

Sunday, May 17, 2009

Choretan untuk Che'gu

Ustaz...Cikgu..Guru..masing2 mempunyai erti yg sama iaitu gelaran utk pendidik. Sempena 16 Mei ini, jari-jemari aku rasa terpanggil utk menaip coretan buat cikgu-cikgu aku smenjak aku mule mengenali huruf ABC dan AlifBaTa..Tanpa mereka semua aku takkan berjaya hingga ke hari ini..

Waktu tadika,aku masih igt betapa susah payahnya cikgu2 mengajar bdk2 kat situ..maklum la dah nama pn bdk2..nak melayan kerenah bkn men susah...jeritan dan 'jerkahan' cikgu Azizah dan arwah cikgu Normah masih segar dlm igtan aku...tiap2 kali aku g surau, aku terbayang saat2 aku blaja kat situ...tadika aku tue terletak kat bwh surau..rasany cikgu Azizah masih lg mengajar di situ..maknanya dah 17 tahun dia masih lg setia kat situ dan selama itu juga la aku meninggalkan alam tadika..

Ah, terlalu byk kenangan bersama2 guru yg tak mampu aku coretkan di sini..hny berlegar2 segar dlm ingatan aku.. :)

Sempena hari guru ni aku nak ucapkan " Selamat Hari Guru " untuk semua insan yg pernah mengajar aku dan juga kepada Abah ngan Mak yg merupakan pesara guru..abang2 aku...kakak2 aku yg kesemuany mewarisi jiwa pendidik drpd mereka.Di sini aku tujukan sajak hasil karya Allahyarham Usman Awang buat guru-guru tercinta

Guru O Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Friday, May 15, 2009

#SelamatPengantinBaru

Pada pg td aku baru terima satu surat dr melaka..aku tertanya2 sape ek kwn2 aku dr melaka nih..setau aku takde plak. Setelah surat di buka, rupa-rupanya kad jemputan kahwin da...huishh..sape lak yg kawin nih..kat situ tertulis nama Nurhanita bt Zainal Abidin...loh....kwn lama zmn chating2 dulu nih...igt lagi hang kat aku noh..time kasih la anta kad jemputan tuh...

bile tgk nama dia..tiba-tiba memori aku terimbas kembali ke zaman 5 tahun yg lepas..tigt aku zmn kami gile2 mirc dlu..kami knal waktu tu la.time tuh mane nak layan ym lg...dia ni bkn dak skola aku, dia skola kat Tunku Malik,area aloq staq gak la..lg satu dia same tuisyen ngan aku waktu form 5 dulu..kami slalu gak jumpe..dah tu plak pas tusyen slalu lepak kat cc yg sama dlm City Plaza tuh..dia ngan kwn2 dia suke lpak kat Yucom..aku ske lpak kat len2 cc, mcm Monster,Yucom,cc 'Ikan' kat tgkt 3..bdk2 yg kaki mirc skali ngan aku mesti kenal dia..mane tak ny nickname tauqua_masam agak femes jugak la kat channel mcm #kotasetar,#ksah,#mayatcrew,#asmarian,#mmas dan byk jgk la channel yg bdk2 alor star buat..aku da lupe byk channel da...

Pas spm aku masih lg kontek ngan dia,time dia g PLKN pn ade gak calling2..tp sekadar kwn je..dia la kwn pmpuan yg aku leh mashuk..huhu..dia mmg sempoi! Tp time aku masuk form6 jek..kami trus lost kontek...no dia pn tak dpt dihubungi...selama beberapa tahun masih tk dpt dihubungi....hinggalah pd suatu hari kat dlm bilik E1.1....

Kringggg,kringgg(eh,tepon aku pakai truetone la)..

"Hello"

"Ye saya"

"Nih sapa"

"Muhsin"

"Oo..ngah buat pe nih,bz tak?"

"Bz la jgk.." (ayat takmo lyn pompuan yg tak knal)

"Ya ka,klu camtu takmo kacau la"

"Ermm..ni sapa ek?"

"Takkan dah tak knai kot.."

"Tak igt la.." ( aku teka nih msti dak Kdah gak,pasal ade loghat utara)

"Tauqua_masam igt tak?"

"La...hang ka..lama tk dgq cita..hang p mana lama ni?"

"Aku keja la..la ni keja kat Melaka..hang gna alamt lama lg ka?"

"ha,ah..awat,nak antaq kad kawin ka?" (aku cube meneka)

"Tak la..saja ja nak tau..kwn2 yg len apa cite? Po,Wan,Fatih..?"

"Fatih ngaji kat sini sama ngan aku, Wan kat UM, Po dah grad Uitm.."

Byk lg perbualan yg tk dpt ditulis kat sini..lg pn perbualan tu sgkat je pasal dia calling gna no office..itulah pertama kali dan terakhir aku rasa dia kontek aku stlh beberapa tahun menyepi...tup2 dah nak kawin..baru aku sedar bhw masa semakin cepat berlalu...ramai kawan2 yg sebaya dah berkawin...

Ape2 pn aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ita dan pasanganny,Nurahman. Semoga Berbahagia slalu...Insyallah klu takde halangan,aku ngan member2 len akan g kenduri hang nanti...

P/s teringin gak nak jumpa kwn2 hang yg sama2 chatting dulu..Anis,pastu sapa sorang lg tah..muke mcm amoi2 skit tuh... :)

Thursday, May 14, 2009

Tasik Banding yang tiada bandingan

Minggu lepas bersamaan 9 hrbln Mei, aku dan kawan-kawan dari UPM telah bercuti ke Tasik Banding.Trip ini sbnrnya deorang yg rancang,aku cume menyelit je nak ikut sama..hehe.

Perjalanan dr Teluk Intan ke Gerik mengambil masa kira-kira 4 jam dengan kelajuan sederhana..takde la nak pecut2..kami bertolak jam 8.20 pg. Smentara nak smpai kat kat Kuala Kangsar, kami suma singgah sbntar di air terjun Ulu Kenas..

Selepas berehat, kami truskan perjalanan ke Gerik dan smpai di sana kira-kira jam 12.30 tgh hari dan makan tgh hari di sana..Selepas je mkn tgh hari, tiba-tiba tayar kereta Ustat dah pancit..totally out. Tak pasal2 kena tukar tayar time tuh...nih mesti makcik kat kedai makan tu 'tiup2' skit pasal tak singgah mkn kat kedai dia..ahaha..

Lepas tukar2 tayar sume..kami pn truskan pjalan ke Banding, kira2 25km dr pekan Gerik..smpai kat sana trip kamu utk brmlm di sana blum mula lag..cume usha2 view kat tepi tasik sambil test2 pancing yg dah di bawa...kami lepak2 kat pengkalan tu smpai petang..sambil menghirup udara segar tasik dan pemandanganny yg sgguh indah...

Selepas menikmati pmandangan di tasik ptg tuh, kami pn kembali ke Gerik utk bermlm seblum meneruskan trip keesokan hariny.Kami tidur di 'hotel' Jamek Gerik..hotel ni percuma je..sape2 pn boleh tido sana..hehehe..

Keesokan harinya kami tiba di jeti pada pukul 7.30 pg sbb bot yg akan angkut kami tu stat kul 8 pg..barang2 dan peralatan memancing yg nak dibawa dah pn sedia..tggu abang bot tu dtg je..kami bertolak dr situ dlm kul 8.30..

Dalam perjalanan menaiki bot kira2 dlm 24 mnt,kami menuju ke Pulau Tujuh, lokasi kami bermalam..di pulau tu tdpt tapak perkhemahan dan juga pondok utk sesiapa yg nak bermlm disitu..


Kami berada di pulau berkenaan selama 2 hari 1 malam.Dr pg smpai ke ptg asyik mancing je..wlupun toman dan kelah yg diharap tak dpt..kami ttp seronok mancing..hehee..tetapi pd mlmny,dpt gak beberapa ekor ikan yg boleh dibuat lauk utk makan keesokan hariny...Kata abg wan,boatman kami..ikan kat situ dah makin berkurangan sbb aktiviti pembalakan yg ada kat hulu sungai..aduhh..patut la ikan tak makan2 umpan..siot tol sape yg membalak tuh..

Setakat nih je la gmbr2 yg dpt aku letak pasal bateri henpon dan abeh..so,tk dpt la merakam aksi2 menarik yg seterusny...kami pulang ke jeti pada ptg esoknya setelah puas memancing wlupn tak dpt byk ikan.. :(

Kami tiba di jeti pada pukul 4.30 ptg..selepas makan dan mengucapkan selamat tinggal..masing2 bergerak balik ke arah berlainan..satu keta balik kelantan, satu lagi balik kl,dan aku berempat trus gerak ke Sungai Petani utk hantar kwn2 yg dr Kedah...dan bertolak pulang ke Teluk Intan pd pkul 11 mlm...

Itulah serba sedikit catatan percutian aku ke Tasik Banding sempena cuti sem nih..ape2 pn mmg best la trip ni..mencabar btul...len kali bdak2 as-sodiq yg nak bercuti,aku cadangkan korang g tasik banding je..amcam? ada bran ke?hehe.....bubaiii......

Tuesday, April 14, 2009

Cerita di sebalik blok E1.1





itulah kisah budak2 di blok E1.1, benda yg dah dirancang..mesti tak jadi nyer..

klu nak buat pape pn,tak yah nak plan2..klu jadi,trus jalan.... :)

Thursday, February 26, 2009

Al-kisah Speed Challenge 09

Pada mggu lepas, berlalu sudah The SPEED Challenge 09 event dan juga bersempena dengan Duncan Tour 2009.

Event kali nih memberi seribu satu kenangan buat aku sebab dapat bertemu dengan legend-legend yoyo dr Duncan Crew UsA iaitu Takeshi Kamisato,Mark McBride dan Hank Freeman.Selama ni asyik tengok video atau kat youtube je,tp kali dpt bersua muka sambil bertegur sapa.Rasa teruja pn ada..tp skit je la. :) Agak2 bila la deorang ni nak dtg lagi kat Malaysia nih..

Wlupn event nih disertai oleh 'muke2 biasa' tp dengan kehadiran old timer seperti Iceman,event nih seolah2 kembali ke zaman kegemilangan ProYo dlu.Iceman a.k.a Abg Zahiruddin berserta dengan koleksi Proyo nyer telah mengingatkan aku pada detik2 permulaan yoyo dalam hidup aku sepuluh tahun yg lepas.It brings back my memorial moment...waaaa...

Okeh,berbalik pada acara tersebut,pada sesi kelayakan hanya lapan peserta yg dipilih ke pusingan seterusnya berdasarkan masa paling pantas utk lengkapkan 10 tricks.Aku berjaya melayakkan diri hingga ke pusingan akhir.Aku bersaing dengan Mimi,satunya2 peserta wanita yg layak ke pusingan seterusnya.Wlupn aku dan Mimi bersaing sengit,dengan sedikit kesilapan drpdny,aku berjaya memintas dan menamatkan keseluruhan tricks tersebut..Yatta!!! Selepas ni aku akan bertanding di Grand Final Speed Challenge di Malaysian Yoyo Championship 2009(MYYC09).

Aku ingin mengucapkan syabas kepada pemenang lain,Kay dr Melaka yg mdpt tmpt ketiga dan juga yoyoers yg menjayakan event tersebut.Tak lupa juga kepada organizer,sponsor dan juga M-yo Club yang menjayakan event ini.Jumpa lagi di event akan datang....MYYC 09..i'm coming!!!

Sayonara........

Takeshi,Hank,Mark

with Legend

Hadiah-hadiah

Kay,Muhsin,Mimi

Hank doing 3A

Related Posts with Thumbnails