Sunday, May 17, 2009

Choretan untuk Che'gu

Ustaz...Cikgu..Guru..masing2 mempunyai erti yg sama iaitu gelaran utk pendidik. Sempena 16 Mei ini, jari-jemari aku rasa terpanggil utk menaip coretan buat cikgu-cikgu aku smenjak aku mule mengenali huruf ABC dan AlifBaTa..Tanpa mereka semua aku takkan berjaya hingga ke hari ini..

Waktu tadika,aku masih igt betapa susah payahnya cikgu2 mengajar bdk2 kat situ..maklum la dah nama pn bdk2..nak melayan kerenah bkn men susah...jeritan dan 'jerkahan' cikgu Azizah dan arwah cikgu Normah masih segar dlm igtan aku...tiap2 kali aku g surau, aku terbayang saat2 aku blaja kat situ...tadika aku tue terletak kat bwh surau..rasany cikgu Azizah masih lg mengajar di situ..maknanya dah 17 tahun dia masih lg setia kat situ dan selama itu juga la aku meninggalkan alam tadika..

Ah, terlalu byk kenangan bersama2 guru yg tak mampu aku coretkan di sini..hny berlegar2 segar dlm ingatan aku.. :)

Sempena hari guru ni aku nak ucapkan " Selamat Hari Guru " untuk semua insan yg pernah mengajar aku dan juga kepada Abah ngan Mak yg merupakan pesara guru..abang2 aku...kakak2 aku yg kesemuany mewarisi jiwa pendidik drpd mereka.Di sini aku tujukan sajak hasil karya Allahyarham Usman Awang buat guru-guru tercinta

Guru O Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails