Thursday, May 14, 2009

Tasik Banding yang tiada bandingan

Minggu lepas bersamaan 9 hrbln Mei, aku dan kawan-kawan dari UPM telah bercuti ke Tasik Banding.Trip ini sbnrnya deorang yg rancang,aku cume menyelit je nak ikut sama..hehe.

Perjalanan dr Teluk Intan ke Gerik mengambil masa kira-kira 4 jam dengan kelajuan sederhana..takde la nak pecut2..kami bertolak jam 8.20 pg. Smentara nak smpai kat kat Kuala Kangsar, kami suma singgah sbntar di air terjun Ulu Kenas..

Selepas berehat, kami truskan perjalanan ke Gerik dan smpai di sana kira-kira jam 12.30 tgh hari dan makan tgh hari di sana..Selepas je mkn tgh hari, tiba-tiba tayar kereta Ustat dah pancit..totally out. Tak pasal2 kena tukar tayar time tuh...nih mesti makcik kat kedai makan tu 'tiup2' skit pasal tak singgah mkn kat kedai dia..ahaha..

Lepas tukar2 tayar sume..kami pn truskan pjalan ke Banding, kira2 25km dr pekan Gerik..smpai kat sana trip kamu utk brmlm di sana blum mula lag..cume usha2 view kat tepi tasik sambil test2 pancing yg dah di bawa...kami lepak2 kat pengkalan tu smpai petang..sambil menghirup udara segar tasik dan pemandanganny yg sgguh indah...

Selepas menikmati pmandangan di tasik ptg tuh, kami pn kembali ke Gerik utk bermlm seblum meneruskan trip keesokan hariny.Kami tidur di 'hotel' Jamek Gerik..hotel ni percuma je..sape2 pn boleh tido sana..hehehe..

Keesokan harinya kami tiba di jeti pada pukul 7.30 pg sbb bot yg akan angkut kami tu stat kul 8 pg..barang2 dan peralatan memancing yg nak dibawa dah pn sedia..tggu abang bot tu dtg je..kami bertolak dr situ dlm kul 8.30..

Dalam perjalanan menaiki bot kira2 dlm 24 mnt,kami menuju ke Pulau Tujuh, lokasi kami bermalam..di pulau tu tdpt tapak perkhemahan dan juga pondok utk sesiapa yg nak bermlm disitu..


Kami berada di pulau berkenaan selama 2 hari 1 malam.Dr pg smpai ke ptg asyik mancing je..wlupun toman dan kelah yg diharap tak dpt..kami ttp seronok mancing..hehee..tetapi pd mlmny,dpt gak beberapa ekor ikan yg boleh dibuat lauk utk makan keesokan hariny...Kata abg wan,boatman kami..ikan kat situ dah makin berkurangan sbb aktiviti pembalakan yg ada kat hulu sungai..aduhh..patut la ikan tak makan2 umpan..siot tol sape yg membalak tuh..

Setakat nih je la gmbr2 yg dpt aku letak pasal bateri henpon dan abeh..so,tk dpt la merakam aksi2 menarik yg seterusny...kami pulang ke jeti pada ptg esoknya setelah puas memancing wlupn tak dpt byk ikan.. :(

Kami tiba di jeti pada pukul 4.30 ptg..selepas makan dan mengucapkan selamat tinggal..masing2 bergerak balik ke arah berlainan..satu keta balik kelantan, satu lagi balik kl,dan aku berempat trus gerak ke Sungai Petani utk hantar kwn2 yg dr Kedah...dan bertolak pulang ke Teluk Intan pd pkul 11 mlm...

Itulah serba sedikit catatan percutian aku ke Tasik Banding sempena cuti sem nih..ape2 pn mmg best la trip ni..mencabar btul...len kali bdak2 as-sodiq yg nak bercuti,aku cadangkan korang g tasik banding je..amcam? ada bran ke?hehe.....bubaiii......

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails